Ogos 2011-YB Johnycal Rayong & William Nyalau telah mengadakan lawatan ke Kg Darai Skrang. Semua Ketua Kampung rumah-rumah panjang di Ulu Skrang hadir untuk mendengar dan menyatakan hasrat masing-masing kepada pemimpin rakyat itu. Tidak ketinggalan juga Tuai Rumah Sg Pinang turut serta berkunjung ke sana untuk bersama-sama pemimpin itu.
Satu berita yang amat mengembirakan semua rakyat jelata yang hadir atau sebaliknya ialah projek jalan raya dari Murad ke Panchor telah diluluskan dan akan bermula pada Oktober 2011. Kos bagi Jalan Skrang bernilai rm38 juta bagi menanggung jarak kira-kira 50km. Di harap dengan adanya jalan raya ini akan dapat membantu para rakyat sekitar dalam semua hal seterusnya dapat menungkatkan taraf hidup serta taraf pengangkutan utama penduduk pedalaman yang telah lama dahagakan kemajuan. Projek ini juga baru 1/10 daripada NKRA kerajaan...jadi banyak lagi akan dikecapi oleh rakyat........
0 comments:
Post a Comment